KUALA LUMPUR – Infra Bunga Sdn. Bhd. pengedar produk minuman berjenama M-150, mengunjurkan jualan sehingga 12 juta botol setahun dengan pertumbuhan sekali ganda daripada jualan tahun ini yang disasarkan sebanyak enam juta botol akhir tahun ini.
Pengarah Urusannya, Saw Lip Jin berkata, peningkatan jualan itu bersandarkan kepada sambutan baik daripada pelanggan setia dan yang baharu selain harganya yang mampu milik membolehkan M-150 menjadi air minuman gaya hidup yang bersesuaian untuk dinikmati di mana-mana majlis serta bila-bila masa.
Menurut beliau, produk minuman tenaga berkafein tanpa berkarbonat itu juga mampu memberi manfaat daripada segi tenaga kepada seluruh tubuh dan menyegarkan minda bagi kumpulan sasaran yang berumur antara 18 tahun ke atas.

“Produk M-150 yang berperisa sitrus dan manis serta enak itu membantu meningkatkan daya tahan fizikal, meningkatkan kewaspadaan dan berfungsi untuk melegakan keletihan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
