PETALING JAYA – Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (Pengilang) telah mengadakan kunjungan rasmi ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama ekonomi antara Malaysia dan UAE.
Delegasi ini telah menjalin hubungan yang lebih erat dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Dubai, Mohd. Fadly Amri yang berperanan penting dalam memajukan perdagangan dan pelaburan di antara kedua-dua negara.
Presiden Pengilang, Datuk Azman Yusof berkata, perbincangan yang produktif antara dua pihak telah menekankan pada potensi kerjasama dalam mengembangkan produk-produk Malaysia di pasaran UAE yang semakin berkembang.
“Isu-isu kekangan yang dihadapi oleh syarikat Malaysia dalam mengakses pasaran UAE turut mendapat perhatian serius,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.
Selain itu, Pengilang turut bertemu dengan wakil dari Dubai Chambers yang mana perbincangan memfokuskan kepada potensi sinergi ekonomi dan industri di…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: