Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Misi Mencari Nur Izzati Di Bukit Changkat Asa Berakhir, Mangsa Ditemui Meninggal Dunia

today26 May 2026

Background


Misi pencarian pendaki wanita, Nur Izzati Humaira Azizul yang dilaporkan hilang ketika mendaki di Bukit Changkat Asa sejak Sabtu lalu, malangnya berakhir dengan khabar duka. Mangsa telah ditemukan meninggal dunia pada tengah hari ini.

Menurut pengesahan daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang dikongsikan oleh BERNAMA, Nur Izzati sebelum ini dipercayai tersesat ketika sedang melakukan aktiviti pendakian di kawasan bukit berkenaan.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang digerakkan sejurus laporan kehilangan dibuat akhirnya membawa kepada penemuan mangsa dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

Setakat ini, pihak berkuasa belum mengeluarkan butiran terperinci mengenai punca sebenar kematian dan lokasi spesifik mayat ditemui. Mayat mangsa dijangka akan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Berita selanjutnya akan menyusul.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Nur Izzati Humaira atas…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post

Hiburan Semasa

NJWA sedia kembali aktif

Kuala Lumpur : Selepas lima tahun menyepikan diri demi memberikan tumpuan kepada keluarga, penyanyi, NJWA kini bersedia untuk kembali aktif dalam industri seni tanah air. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today26 May 2026