PETALING JAYA – Kehadiran Miss Tourism International daripada 50 buah negara telah menarik kedatangan pengunjung untuk melihat secara lebih dekat wajah-wajah jelita ratu cantik ketika majlis pembukaan OE Resort di Mantin, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Pengerusi merangkap Pengasas Kumpulan OE, Datuk Calvin Khiu berkata, projek pembangunan bernilai RM30 juta yang dibina di kawasan seluas 3.6 hektar itu menggabungkan persekitaran semula jadi dengan kemudahan bertaraf dunia.
Katanya, OE Resort dapat memperluaskan jangkauan ke pelbagai negara, mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan di peringkat global.
“EO Resort telah berubah dalam masa tiga tahun daripada sebuah kebun durian kepada gabungan seni bina moden dan kehijauan semula jadi.
“Ia dilengkapi kolam renang hutan, restoran bertema, perkhidmatan spa, pelantar pandangan, dan dewan persidangan selain penginapan unik seperti pod bertemakan angkasa,” katanya.

Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: