Misteri bau harum yang tiba-tiba muncul ketika Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun di Idea Live Arena, Damansara pada Ahad lalu akhirnya terungkai.
Artikel Berkaitan: Konsert Kasih Kekasih Inteam Dipindahkan Ke Lokasi Lebih Besar, Tarikh Ditunda Ke 28 September
Bau harum

Beberapa rakaman video yang tular di media sosial mendedahkan aroma wangi itu sebenarnya datang daripada semburan pewangi yang dilakukan oleh kru konsert.
Momen berkenaan berlaku sewaktu kumpulan nasyid popular itu menyampaikan lagu Setanggi Syurga, sebagai simbolik kepada haruman syurga.
Sebelum tular video tersebut, ramai penonton yang hadir saling berteka-teki mengenai bau wangi berkenaan, malah ada yang mengaitkannya dengan unsur mistik.
Namun, selepas tersebarnya video kru bertugas menyemburkan pewangi, misteri itu akhirnya terjawab dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Konsert ulang tahun ke-25 Inteam berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 5,000 penonton.
Antara lagu yang dipersembahkan termasuk…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: