Menurut laporan Harian Metro, seorang penduduk bernama M Diviya, 30 berkata, dia dan rakan sekerja berlari keluar dari pejabat mereka di Medan Istana sebaik saja merasai gegaran tersebut.
“Ketika kejadian, saya sedang lakukan kerja di bilik. Tiba-tiba, saya rasa bangunan bergegar, pintu kaca seakan hendak pecah.
“Dalam masa sama, saya terdengar bunyi seakan dentuman dari bahagian atas bangunan, jadi kami terus berlari keluar dari pejabat kerana risaukan keselamatan diri.
“Saya sudah hubungi Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) untuk maklumkan kejadian ini,” katanya.
Seorang lagi saksi, Noor Zaiti Nabilah Ahmad, 32, berkata dia turut berlari keluar dari pejabat guaman di Medan Istana, di sini sebaik merasai gegaran itu.
“Apabila dengar bunyi yang kuat, terlintas di fikiran saya itu mungkin bunyi bom. Kami rasa amat terkejut.
“Sepanjang enam tahun bekerja di sini, inilah kali pertama saya rasai pengalaman begini,” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: