Sementara itu, Exco Keselamatan Badan Pengurusan Bersama (JMB) pangsapuri berkenaan, Ab Razak Isa berkata, mayat mangsa ditemukan selepas dimaklumkan anaknya bahawa sudah lama tidak bertemu dengan bapanya.
“Pihak JMB mengambil tindakan memecahkan pintu rumah tersebut. Apabila kami masuk, keadaan rumah bersepah dan lebih mengejutkan apabila terdapat rangka manusia terbaring di ruang tamu.
“Ketika itu lampu terbuka dan kipas juga masih berpusing. Saya tengok sekeliling duit milik arwah yang diletakkan berhampiran tilamnya masih ada, jadi saya rasa tiada unsur jenayah,” katanya.
Tambah Ab Razak lagi, arwah tidak pernah lewat membuat bayaran yuran penyelenggaraan sebelum kali terakhir dibuat pada September 2021.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: