Site icon Kool FM

MITI, MIDA bantu penempatan pekerjaan kakitangan Goodyear


PETALING JAYA – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah menggerakkan pasukan khas untuk memudahkan penempatan pekerjaan serta menawarkan program peningkatan kemahiran dan kemahiran semula bagi kakitangan Goodyear yang terjejas.

Menurut MIDA dalam satu kenyataan hari ini, pihaknya telah terlibat secara aktif dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Jabatan Tenaga Kerja melalui Pusat Fasilitasi Invest Malaysia yang baharu ditubuhkan bagi memudahkan bantuan penempatan kerja untuk pekerja dari pelbagai sektor.

“Mekanisme sokongan sama boleh diperluaskan kepada mereka yang terjejas disebabkan penutupan loji Goodyear di Shah Alam, menunjukkan pendekatan komited terhadap pengukuhan daya tahan dan peralihan tenaga kerja,” katanya.

Goodyear sebelum ini mengumumkan penutupan fasiliti pembuatannya di Shah Alam berkuatkuasa 30 Jun depan, yang akan menjejaskan seramai 550 pekerjanya di negara…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version