KUALA LUMPUR – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasarkan pertumbuhan sekurang-kurangnya lapan hingga 10 peratus dalam jumlah pelaburan diluluskan bagi tahun 2024, daripada RM329.5 bilion yang dicapai tahun lalu.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, angka sasaran itu adalah bersandarkan kepada sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang ditetapkan kerajaan tahun ini, iaitu pada empat hingga lima peratus.
Jelasnya, beliau masih berbincang dengan agensi kerajaan berkaitan berhubung angka sasaran yang wajar, namun ia perlu lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya, dan memiliki perkaitan dengan sasaran KDNK negara.
“Bagi saya, ia perlu minimum dua kali ganda daripada sasaran pertumbuhan KDNK, jadi sekurang-kurangnya lapan hingga 10 peratus.
“Kemudian kita perlu melihat kepada kitaran industri. Bagi elektrik dan elektronik, ia dalam kitaran menaik namun terdapat lebihan bekalan pada industri-industri lain,”…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: