SHAH ALAM – Usahawan muda tempatan disaran membina kapasiti kukuh di peringkat domestik terlebih dahulu sebelum meluaskan pasaran produk mereka untuk menembusi pasaran ASEAN.
Timbalan Ketua Setiausaha (Industri), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Hanafi Sakri berkata, pelbagai agensi termasuk SME Corp di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) menyediakan bantuan dana untuk membantu pembangunan industri pada peringkat awal.
“Peringkat permulaan, Kuskop akan bangunkan industri melalui SME Corp. Apabila mereka sudah mencapai tahap mikro atau kecil, kita akan bantu lagi untuk mengembangkan produk bagi memenuhi keperluan domestik.
“Kemudian apabila mereka matang dan bersedia untuk mengeksport, MITI akan bantu mereka menembusi pasaran luar negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan pelancaran rasmi bateri automotif ASTRA yang menerima pensijilan SIRIM bagi kesemua 28 Stock Keeping…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: