PETALING JAYA – Pengendali jet peribadi, Mjets Limited (Mjets) menandatangani perjanjian dengan Sersol Berhad baru-baru ini untuk menawarkan perkhidmatan sewaan jet peribadi bagi pasaran Malaysia dan Indonesia.
Menerusi perjanjian berkenaan, kedua-dua syarikat bakal menubuhkan syarikat usaha sama pada kadar ekuiti 50:50 yang akan menawarkan khidmat sewa khas, pengendalian darat, pengurusan pesawat dan membawa masuk armada jet peribadi.
Berdasarkan laporan Newswires Mac lalu, kadar pertumbuhan pasaran jet peribadi global dijangka melonjak berikutan peningkatan permintaan perjalanan.
Sepanjang tempoh ramalan dari 2022 hingga 2030, Asia-Pasifik dijangka kekal sebagai salah satu pasaran terbesar dunia.
Pengarah Urusan Sersol Group, Datuk Justin Lim berkata, pihaknya sedang mengembangkan perniagaan dalam penerbangan, teknologi, tenaga lestari, pembangunan hartanah, telekomunikasi dan penjagaan kesihatan.
“Kami percaya jet peribadi sewa khas menawarkan peluang yang cerah untuk…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
