Site icon Kool FM

MMC Ports sempurnakan operasi STS di Pelabuhan Yan


PETALING JAYA – MMC Ports Holdings Sdn. Bhd. (MMC Ports), menerusi anak syarikat penuh miliknya, Andaman Port Sdn. Bhd. berjaya menyempurnakan operasi pemindahan kargo dari kapal ke kapal atau Ship-to-Ship (STS) di Pelabuhan Yan, Kedah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam, operasi STS ini telah berjalan lancar selama dua hari bermula 25 April lalu di salah satu daripada 10 lokasi yang diluluskan terletak lima batu nautika dari persisiran Pulau Bunting.

“Operasi STS yang pertama kali dilakukan dalam had Pelabuhan Yan ini telah berjaya disempurnakan dengan mematuhi kriteria dan tahap keselamatan yang tinggi.

“Ia seperti mana ditetapkan oleh pihak berkuasa tanpa mengabaikan kelestarian ekosistem laut dan alam sekitar.

“Kejayaan Operasi STS ini adalah hasil daripada kerjasama yang baik dengan pihak-pihak berkuasa persekutuan dan ne­geri.

“Ini termasuk Kementerian ­Pengangkutan, Jabatan Laut Malaysia, kerajaan nege­ri Kedah serta lain-lain agensi kerajaan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version