PETALING JAYA – MNRB Holdings Berhad merekodkan untung selepas cukai (PAT) tertinggi bagi suku tahun pertama sejak penubuhannya, berjumlah RM168.4 juta bagi tempoh tiga bulan berakhir 30 Jun 2025.
Angka tersebut merupakan lonjakan 82.7 peratus berbanding RM92.2 juta pada suku sama tahun sebelumnya, dipacu terutamanya oleh Malaysian Re.
Kumpulan turut mencatat peningkatan hasil insurans/takaful sebanyak 15.8 peratus tahun ke tahun kepada RM866.3 juta, disumbangkan terutamanya oleh pertumbuhan perniagaan takaful am yang mengagumkan, melebihi 40 peratus.
Prestasi pelaburan turut memberi sumbangan positif dengan merekodkan hasil RM165 juta, peningkatan 23.5 peratus berbanding setahun lalu daripada keuntungan nilai saksama lebih tinggi disebabkan keadaan pasaran yang positif dalam pasaran bon serta portfolio ekuiti.
Prestasi kukuh itu memberikan pulangan atas ekuiti (ROE) tahunan lebih tinggi kepada 17.8 peratus berbanding 11.1 peratus setahun lalu, mencerminkan kecekapan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: