Dalam landskap pembangunan futsal akar umbi yang sering dipandang ringan, Akademi Perintis tampil dengan satu inisiatif yang wajar diberi pujian tinggi.
Hal ini kerana akademi yang berpangkalan di Apartment Seroja Taman Putra Perdana, Puchong itu menganjurkan kejohanan futsal peringkat Bawah 10 dan Bawah 12 tahun dengan penerapan undang-undang rasmi FIFA Futsal.
Baca Juga:
Bukan sekadar pertandingan biasa, kejohanan ini membawa pendekatan profesional sejak usia muda apabila turut menguatkuasakan peraturan enam foul serta peraturan backpass melibatkan goleiro (penjaga gol).
Ia merupakan satu langkah proaktif yang mungkin agak jarang dilihat dalam kejohanan peringkat kanak-kanak di negara ini sebagai pendedahan awal buat mereka dalam mengetahui peraturan sebenar dalam futsal.

Malah, barisan pengadil dalam pertandingan ini bukan sahaja bertugas mengawal permainan tetapi juga memberi penerangan dan ilmu dengan jelas tentang peraturan sebenar futsal…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: