Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Model ‘Facelift’ Nissan GT-R 2024 Diperkenalkan, Rekaan Dan Aerodinamik Ditambah Baik

today13 January 2023

Background


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Walaupun sudah banyak kali berita mengenai Nissan GT-R R35 bakal ditamatkan, bagaimanapun model ‘supercar-killer‘ itu seperti sukar untuk ‘dimatikan’ begitu sahaja. Pada awal pagi tadi Nissan telah melancarkan dua model facelift kereta tersebut di acara tahunan Tokyo Auto Salon.

Artikel Berkaitan:

Nissan GT-R Premium Edition T-spec dan Nissan GT-R NISMO Special Edition merupakan dua varian terbaharu yang ditawarkan untuk pasaran Jepun. Model 2024 dirancang untuk memasuki pasaran pada musim bunga akan datang dan akan disertai oleh versi NISMO, yang dirancang untuk dijual pada musim panas nanti.

Syarikat Jepun itu masih mengekalkan rekaan yang digunakan sejak 2007 lagi, namun terdapat beberapa perubahan pada bahagian bumpar hadapan serta belakang, diffuser dan tambahan trim.

Bahagian spoiler turut direka semula, bagi varian GT-R NISMO ia menggunakan jenis ‘swan-neck’ seperti Porsche 911 (992) GT3. Manakala GT-R 2024…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post