Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Modenas lancar skuter Elit 150S sempena ulang tahun ke-30

today13 September 2025

Background


PETALING JAYA – Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas), pengeluar motosikal nasional dan ahli Kumpulan DRB-HICOM meraikan ulang tahun ke-30 dengan pelancaran skuter Elit 150S, yang ditawarkan pada harga RM7,877.

Direka untuk penunggang bandar masa kini, Elit 150S menggabungkan gaya kontemporari, teknologi canggih dan praktikaliti untuk kegunaan harian bagi memberikan saingan hebat dalam segmen pasaran skuter tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan berkata, pelancaran Elit 150S menggariskan komitmen pihaknya untuk menyampaikan penyelesaian mobiliti yang boleh dipercayai dan bersedia untuk masa hadapan.

“Pelancaran ini amat bermakna kerana ia merapatkan legasi 30 tahun yang membanggakan dengan perjalanan yang menarik di masa hadapan,” katanya pada majlis Malam Gala Ulang Tahun ke-30 Modenas di M World Hotel, malam tadi.

PENGARAH Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Tan Sri Syed Faisal Albar (kiri) bersama Roslan Roskan (kanan) dan Presiden Kawasaki Motors,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post