Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mohamed Salah Ledak Hatrik Bantu Trabzonspor Belasah Galatasaray

today20 September 2026

Background
Mohamed Salah


Mohamed Salah mempamerkan aksi cemerlang apabila meledak hatrik pertamanya serta mencipta satu bantuan gol untuk membantu Trabzonspor meraih kemenangan besar 4-0 ke atas pendahulu Turkish Super Liga 2026/27,  Galatasaray.

Pemain kelahiran Mesir itu mencatat permulaan luar biasa dalam kariernya di Turki apabila memecahkan beberapa rekod yang telah bertahan sekian lama dan membuktikan dirinya masih antara penyerang paling berbahaya dalam dunia bola sepak.

Mohamed Salah Ledak Hatrik

Salah membuka jaringan untuk Trabzonspor pada minit keempat menerusi penyudah menarik selepas melakukan larian solo dari kawasan tengah padang.

Beliau kemudian menggandakan kelebihan pada minit ke-43 dan melengkapkan hatrik pada minit ke-80 sebelum mencipta satu bantuan gol untuk melengkapkan kemenangan bergaya 4-0.

Menurut sumber laporan Goal, Salah kini menjadi pemain asing pertama yang menjaringkan gol dalam tiga perlawanan pertama di laman sendiri bersama Trabzonspor…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post