
Jodoh Mohamed Salah dan Liverpool sah bakal berakhir pada penghujung musim 2025/26.
Perpisahan itu bakal berlaku selepas Salah dan The Reds telah mencapai kata sepakat sekali gus menamatkan karier gemilang pemain serangan itu selama sembilan tahun di Anfield.
Perkembangan terkini yang jelas mengecewakan penyokong Liverpool itu disahkan menerusi kenyataan rasmi dikeluarkan laman sesawang kelab tersebut, sebentar tadi.
Mohamed Salah, Liverpool Berpisah
“Mohamed Salah menyatakan hasratnya untuk membuat pengumuman ini kepada para penyokong seawal mungkin bagi memastikan ketelusan mengenai masa depannya, sebagai tanda hormat dan penghargaan terhadap mereka.”
“Ditandatangani dari AS Roma pada musim panas 2017, pemain bernombor 11 itu telah mengukuhkan kedudukannya sebagai salah seorang pemain terhebat dalam sejarah Liverpool FC, dengan membantu kelab meraih dua kejuaraan Premier League, UEFA Champions League, FIFA Club World Cup, UEFA Super Cup, FA…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
