
Perpindahan pemain sayap berpengalaman, Mohamed Salah ke Besiktas semakin hampir untuk menjadi kenyataan.
Menurut sumber laporan beIN Sports, kelab gergasi Turkiye itu telah mencapai persetujuan dari aspek kewangan dengan tonggak Mesir tersebut.
Bagaimanapun, beberapa butiran penting seperti hak imej dan tempoh kontrak masih perlu dimuktamadkan sebelum perpindahan itu dapat diselesaikan secara rasmi.
Salah kini merupakan ejen bebas selepas tidak melanjutkan kontraknya bersama Liverpool selepas sembilan musim yang cukup cemerlang di sana.
Salah Akhiri Episod Cemerlang Di Liverpool
Sepanjang tempohnya di Anfield, beliau telah mengukuhkan status sebagai antara pemain terbaik dalam sejarah moden kelab itu apabila membantu Liverpool menjulang pelbagai kejuaraan berprestij termasuk UEFA Champions League, English Premier League dan Piala Dunia Kelab FIFA.
Kini pada usia 34 tahun, Salah ingin mencuba angin baharu selepas menikmati karier yang cemerlang di…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
