Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Arab Saudi akan membina pusat sukan musim sejuk dengan kawasan permainan yang besar di tengah padang pasir.
Artikel Berkaitan:
Seperti yang dilaporkan Daily Star Selasa, pembinaan projek mega bernama Trojena telah bermula dan dijangka menjadi venue Sukan Musim Sejuk Asia 2029.
Lokasi unik resort ini dijangka menyaingi beberapa destinasi ski paling popular di dunia.
Trojena akan dibina sejauh 48 kilometer di kawasan pergunungan Sarawat, di pantai timur Laut Merah di mana suhu persekitarannya kira-kira 10 darjah Celsius lebih rendah daripada tempat lain di Arab Saudi.
Pada musim sejuk, suhu di kawasan itu akan turun di bawah paras beku dan menyaksikan penampilan salji, berbeza dengan kawasan lain di seluruh Arab Saudi.
Sebuah tasik buatan manusia juga akan dibina di antara cerun kawasan ski, tetapi terdapat kebimbangan dalam kalangan pengkritik tentang keupayaan untuk mengekalkan salji yang mencukupi di kawasan tersebut.
Pusat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
