Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Mommy Happy bantu tingkat pembelajaran interaktif kanak-kanak

today1 November 2021

Background


PETALING JAYA – Biarpun masih baru di pasaran, Syarikat Mommy Happy Group Sdn. Bhd., atau lebih dikenali dengan nama Mommy Happy kini menjadi pilihan ramai ibu bapa dan guru untuk mendapatkan pelbagai produk pendidikan khususnya untuk anak berusia dua hingga lapan tahun.

Terdapat banyak pilihan produk yang ada dalam rangkaian produk mereka seperti buku pembelajaran, permainan, kad imbasan, buku rujukan ibu bapa dan guru dan pelbagai alat bantu mengajar.

Pengasas syarikat itu, Siti Sarah Mohd. Fauzi, 35, juga cukup optimis dengan sambutan yang diterima hingga ke hari ini.

“Produk kami membantu anak anak untuk belajar membaca, mengira, menulis dan mengaji. Malah turut disertakan kod QR di setiap halaman buku contohnya untuk membuka akses kepada video panduan. Ia turut membantu anak anak untuk membuat ulang kaji,” katanya.

Siti Sarah yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang perniagaan berkata, syarikatnya sudah terbukti berjaya melahirkan ribuan usahawan khususnya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post