SHAH ALAM – Faby Famy Sdn. Bhd. pemilik rangkaian kedai jualan barangan ibu dan anak di bawah jenama Mom’s House, mengunjurkan jualan RM3 juta pada tahun ini ekoran perluasan pasaran dan cawangan baharunya seiring pembukaan ekonomi negara secara berperingkat.
Pengasas syarikat, Hilmi Hamid berkata, buat masa ini, syarikat memiliki beberapa cawangan di seluruh negara termasuk di Shah Alam, Putrajaya, Teluk Intan, Perak; Tawau dan yang terbaharu di Lahad Datu, Sabah.
“Keyakinan pelanggan terhadap jenama melalui penjualan produk berkualiti dan dapat memenuhi keperluan ibu, bakal ibu dan juga bayi telah membolehkan Mom’s House mendapat sambutan menggalakkan daripada kumpulan sasaran,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.
Hilmi yang mula mengoperasi perniagaan tersebut sejak tahun 2015 bersama isterinya hanya bermula dengan menjual produk berkaitan kesuburan untuk membantu pasangan suami isteri mendapatkan zuriat.

Sebelum ini, mereka yang memiliki latar…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: