Site icon Kool FM

“Motosikal Ayah Disepak Seseorang Sebelum Terlanggar Gerai”


Videonya dibelasah tular di laman Facebook, X, Instagram dan juga TikTok telah membuatkan rakyat Malaysia simpati terhadapnya dan berang dengan orang ramai yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Menerusi laporan Berita Harian, anak kepada lelaki OKU itu mendakwa motosikal ayahnya disepak oleh seseorang sebelum terlanggar salah satu gerai di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, kelmarin.

Nurul Farhana, 21, berkata dia bertanya kepada ayahnya, Ahmad Al Faizan Jusoh, 47, bagaimana kejadian itu berlaku sehingga dipukul dan disepak dalam kejadian itu.

“Abah cakap ada orang sepak motosikalnya. Dia bangun dan cari orang yang sepak itu sebaliknya ayah dipukul.

“Abah cakap bukan dia sengaja melanggar gerai jualan tu sebaliknya abah cakap orang sepak dari arah belakang.

“Macam besar sangat kesalahan yang abah lakukan, memang kejam. Kenapa abah diperlakukan sebegitu buruk,” katanya.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version