Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

MoU Bank Islam, SME Corp. tingkat daya saing PKS

today25 August 2021

Background


PETALING JAYA – SME Corporation Malaysia (SME Corp.) mengunjurkan untuk meningkatkan jumlah agihan pembiayaan daripada Skim Pembiayaan PKS Patuh Syariah (SSFS) melalui pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dengan Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam).

MoU itu bertujuan meningkatkan daya saing perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Pengerusi SME Corp., Datuk Seri Syed Hussien Al Habshee berkata, di bawah MoU itu, ke­dua-dua pihak bersama-sama menyediakan akses kepada PKS untuk menyertai pelbagai ini­siatif, program latihan, program penganugerahan dan perkhidmatan kewangan menyeluruh yang akan meningkatkan kapasiti serta keupayaan mereka.

“Skim pembiayaan ini telah dimulakan pada tahun 2013 dan Bank Islam telah menyokong 121 pelanggan PKS dengan nilai pembiayaan melebihi RM133 juta.

“Kami berharap melalui MoU ini, jumlah agihan pinjaman ini dapat ditingkatkan,” katanya pada majlis menandatangani MoU yang diadakan secara maya semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Ekonomi

Fuza Nitewear miliki kumpulan peminatnya yang tersendiri

SEBERANG PERAI – Peningkatan tempahan yang diterima bagi baju tidur wanita di bawah jenama Fuza Nitewear telah memberi dorongan kepada pe­ngasas koleksi tersebut untuk mempelbagaikan lagi produk kepada segmen baju tidur lelaki, pasangan atau kanak-kanak pada masa depan. Usahawan, Mahfuzah Ahmad Jalaludin, 36, yang menjadikan perniagaan tersebut sebagai pendapatan tambahan selain bekerja sebagai penjawat awam kini tidak menang tangan mene­rima tempahan daripada pelanggan secara online. Beliau memilih perniagaan baju tidur […]

today25 August 2021