PETALING JAYA – Tenaga Nasional Bhd. (TNB) melanjutkan memorandum persefahaman (MoU) dengan Elia Group SA/NV (Elia), salah satu daripada operator sistem penghantaran terbesar di Eropah bagi berkongsi amalan terbaik dan pengetahuan untuk mempercepatkan usaha TNB ke arah peralihan tenaga serta tenaga boleh baharu (RE).
MoU pertama antara kedua-dua belah pihak ditandatangani pada September 2017 dan tamat pada September 2020.
Elia adalah operator sistem penghantaran yang beroperasi di Belgium dan Jerman yang berkhidmat kepada hampir 30 juta pelanggan.
Ia memiliki lebih 19,000 kilometer talian voltan tinggi di Belgium dan Jerman serta lebih 45,000 megawatt (MW) kapasiti terpasang dalam RE.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din berkata, MoU 2.0 yang ditandatangani Jumaat lalu bagi tempoh dua tambah satu tahun itu dimeterai pada waktu yang amat penting selepas TNB melakukan penjajaran semula pada pertengahan penggal.

“Ia dilakukan bagi memastikan Kumpulan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
