Site icon Kool FM

MPFL 2024 Bakal Berlangsung Dengan Format Baharu

MPFL 2024


Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan bahawa saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2024 bakal berlangsung dengan format baharu.

Artikel Berkaitan:

Hal ini kerana dua divisyen telah diperkenalkan dalam penganjuran liga futsal paling berprestij tanah air itu  yang dijangka berlangsung pada Januari atau Februari hadapan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, FAM mendedahkan 10 pasukan terbaik dalam kempen MPFL 2023 akan bersaing di divisyen 1.

Ia memberikan gambaran jelas bahawa liga divisyen 1 akan menampilkan lima pasukan terbaik bagi kumpulan A dan B pada edisi 2023 untuk bersaing sesama sendiri.

Pada edisi lalu, empat pasukan terbaik bagi kumpulan A dan B layak ke peringkat kalah mati untuk memburu kejuaraan liga.

Dengan perubahan yang dilakukan, ini bermakna tiada lagi aksi peringkat kalah mati akan dihadapi oleh setiap pasukan dalam saingan divisyen 1.

Sehubungan dengan itu, juara MPFL 2024 akan ditentukan menerusi jumlah kutipan mata…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version