Site icon Kool FM

MPH Alamanda dibuka semula – Kosmo Digital


PUTRAJAYA – Rangkaian kedai buku gergasi, MPH Bookstores melancarkan cawangan ke-10 mereka di pusat beli belah Alamanda, di sini hari ini.

MPH Bookstores pernah berope­rasi di lokasi sama sebelum ini sehingga pandemik ­Covid-19.

Ia kini dibuka kembali selepas dua tahun ditutup dengan ­wajah serta reka bentuk lebih segar seperti yang ditonjolkan kedai utama MPH Bookstores di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.

Majlis perasmiannya disempurnakan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Ketua Pegawai Eksekutif MPH Bookstores, Martin Cross ­berkata, cawangan berkeluasan 5,000 kaki persegi itu ­memperlihatkan reka bentuk kontemporari yang menggunakan elemen kayu ­cerah dan pe­rincian gangsa.

“Kami pernah berada di lokasi ini sebelum ini dan kami sangat teruja untuk kembali dengan le­bih baik dan berani.

“Dengan reka bentuk menarik serta koleksi buku dan barangan yang disusun dengan baik, kedai ini direka khusus menjadi ruang yang dihargai oleh pembaca, keluarga dan pengunjung,”…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version