Site icon Kool FM

MPKj Diarah Bayar Pampasan RM2,980 Selepas Pemandu Menang Kes Tuntutan Jalan Berlubang

Jalan berlubang


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pada minggu lalu seorang lelaki memenangi tuntutan pampasan terhadap sebuah majlis tempatan selepas keretanya mengalami kerosakan akibat jalan berlubang. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) diperintahkan untuk membayar Dr Fahrurrazi Hamid sebanyak RM2,980, merangkumi kos empat rim (RM1,800), satu tayar (RM800), ruang pelaras (RM180), dan caj tunda (RM200).

Kini Fahrurrazi menyeru pengguna jalan raya lain untuk mempertahankan hak masing-masing. Ini supaya kualiti jalan raya berada di tahap yang baik dan selamat.

“Kita mesti tegas mengambil tindakan terhadap pihak berkuasa tempatan supaya mereka lebih proaktif dalam memastikan jalan raya yang orang ramai lalui selamat.

“Jangan putus asa dalam mendapatkan pampasan akibat kerosakan jalan yang tidak diselenggara,” katanya kepada portal Free Malaysia Today.

Selepas pada mulanya dinafikan pampasan oleh Takaful Malaysia Berhad, syarikat insurans Majlis Perbandaran Kajang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version