
KUALA LUMPUR – Majlis Pemerkasaan Perniagaan Malaysia (MPPM) komited untuk meneruskan peranan sebagai jambatan strategik antara kerajaan dan komuniti industri bagi memperkukuh ekosistem perniagaan serta daya saing ekonomi negara.
Presiden MPPM, Prof. Zam@Ab Razak Zamri berkata, kerjasama erat dan dialog berterusan antara kerajaan dan pemain industri amat penting bagi memastikan dasar yang dirangka selari dengan keperluan sebenar dunia perniagaan.
“MPPM berperanan menyampaikan pandangan dan cabaran industri kepada kerajaan secara teratur dan konstruktif, di samping membantu industri memahami serta melaksanakan dasar-dasar kerajaan dengan lebih berkesan,” katanya dalam satu kenyataan sempena Majlis Anugerah Pakar Industri IS 2026 hari ini.
Majlis tersebut dirasmikan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
Sehingga kini MPPM telah menganugerahan hampir 200 penerima IS yang merangkumi pelbagai bidang utama termasuk kecerdasan buatan (AI), kesenian,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: