Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Mr. Absorber sasar miliki 150 cawangan menjelang tahun 2030

today5 February 2026

Background


KUALA LUMPUR – Syarikat penyedia perkhidmatan suspensi kenderaan tempatan, Mr. Absorber (PR Venture Sdn. Bhd.) komited untuk membuka sehingga 150 cawangan menje­lang tahun 2030.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusannya, Muhammad Al-Annas Abdul Yamin berkata, rancangan pengembangan itu seiring de­ngan pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records (MBOR) mengenai Rangkaian Servis Suspensi Kereta Terbesar di Malaysia.

“Ketika ini, kami mempu­nyai 51 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia dan pada tahun ini juga, kami mahu me­nembusi pasaran Sabah de­ngan cawangan pertama akan dibuka di Kota Kinabalu.

“Cawangan di Sarawak pula akan dimulakan pada tahun hadapan.

“Secara keseluruhannya, kami mempunyai tenaga kerja seramai 450 orang termasuk di bawah rangkaian usahawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran cawangan ke-46 Mr. Absorber di Cheras di sini kelmarin.

Mengulas lanjut, Muhammad Al-Annas berkata, pihak­nya turut…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post