Site icon Kool FM

MR D.I.Y catat untung bersih RM158.6 juta suku keempat


PETALING JAYA – MR D.I.Y Group Bhd (MR D.I.Y) mencatat keuntungan bersih yang tinggi sebanyak RM158.6 juta bagi suku keempat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 (4Q23) berbanding RM136.08 juta tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Hasil  tumbuh sebanyak 7.6 peratus kepada RM1.1 bilion berbanding RM1.06 bilion, dipacu pertumbuhan dalam pertambahan outlet baharu sebanyak 16.8 peratus.

Volum dagangan juga meningkat sebanyak 16.7 peratus seiring perkembangan rangkaian outlet syarikat yang bertambah daripada 1,080 cawangan pada tahun kewangan 2022 kepada 1,255 cawangan pada  31 December 2023.

Bagi tahun kewangan penuh pula, MR D.I.Y merekodkan untung bersih  sebanyak RM560.7 juta, naik 18.5 peratus daripada RM472.9 juta sementara hasil mengembang sebanyak 9.4 peratus kepada RM4.36 bilion berbanding RM3.98 bilion bagi tahun kewangan 2022.

MR D.I.Y mengumumkan dividen sebanyak RM94.4 juta bagi 4Q23 dan bagi pembayaran dividen penuh sebanyak  RM302.1 juta, naik sebanyak  47.9…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version