PETALING JAYA – Peruncit kelengkapan rumah, MR D.I.Y. dianugerahkan Brand of the Year Regional Award pada majlis anugerah World Branding Awards 2021-2022 yang diadakan secara maya dari United Kingdom baru-baru ini.
Anugerah berkenaan mengiktiraf jenama-jenama terbaik dunia atas hasil kerja dan pencapaian mereka berdasarkan penilaian jenama, penyelidikan pasaran serta undian awam secara dalam talian.
Ini kali pertama MR D.I.Y. menerima anugerah tersebut pada peringkat serantau, selepas menerima National Award, yang disampaikan kepada jenama terkemuka dari setiap negara yang mengambil bahagian untuk tempoh tiga tahun berturut-turut sebelum ini.
Pencapaian tersebut sekali gus mencerminkan kemajuan MR D.I.Y. yang kini diangkat sebagai jenama terkemuka di rantau ini.
Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Andy Chin mendedikasikan anugerah berkenaan kepada semua kakitangan kumpulan di pasaran serantaunya termasuk Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
