PETALING JAYA – Dalam persekitaran inflasi yang semakin meningkat, seterusnya membawa kepada peningkatan harga pelbagai barangan keperluan, peruncit perkakasan rumah terbesar di Malaysia, MR D.I.Y. Group (M) Berhad (MR D.I.Y.) memberi jaminan harga jualan di kedainya tidak akan dinaikkan.
Ia menerusi inisiatif ‘Harga Dikunci: Harga Kami Tetap Sama’ yang dilancarkan syarikat baru-baru ini, menjanjikan pengekalan harga rendah di ketiga-tiga jenama kedainya, iaitu MR. D.I.Y., MR. TOY dan MR. DOLLAR sehingga 31 Mac 2022.
Ketua Pemasaran MR D.I.Y., Alex Goh berkata, pandemik telah menjejaskan rantaian nilai pemasaran global, menjadikan kos pembuatan, pengangkutan dan barangan runcit meningkat secara signifikan.
Jelasnya, ketika ramai peniaga memindahkan kenaikan kos kepada pembeli dengan menaikkan harga pasaran, MR D.I.Y. nekad memastikan harga barangan yang dijual di premisnya kekal stabil supaya pelanggannya tidak turut sama terkesan.
“Kami memanfaatkan hubungan terus…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: