Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

MR D.I.Y. lancar filem web Sama-Sama Melangkah

today15 March 2024

Background


PETALING JAYA – Peruncit perkakas rumah kegemaran rakyat Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y. (M) Berhad (MR D.I.Y.) kembali dengan filem web Hari Raya Aidilfitri yang baharu dilancarkan, bertajuk ‘Sama-Sama Melangkah’.

Filem web berdurasi empat minit itu tersedia untuk ditonton di platform YouTube, Facebook, Instagram, dan TikTok rasmi MR D.I.Y.

Ia mengisahkan seorang pemuda bernama Rahmat, yang bertungkus-lumus mencari nafkah untuk keluarga; ibu, isteri, dan anak perempuannya Aisha.

Kerana kerjayanya memerlukan dia berpindah dari kampung ke bandar, Rahmat dengan berat hati terpaksa menghantar ibunya ke rumah orang tua.

Walaupun tetap mengekalkan hubungan baik dengan ibu melalui panggilan telefon, dia amat kesal kerana tidak mampu menjaganya sendiri kerana tuntutan masa dan saiz ruang yang terhad di rumah mereka.

Satu kejadian berlaku, menyebabkan anak perempuannya menuduh Rahmat mengabaikan ibunya, yang menyebabkan kenangan silam Rahmat bersama ibu kembali semula, membuatkan dia…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post