PETALING JAYA – Peruncit barangan pembaikan rumah terbesar negara, MR D.I.Y. Group (M) Berhad (MR D.I.Y.) menyumbang lima paparan (monitor) tanda penting kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Sumbangan peralatan perubatan yang digunakan petugas kesihatan untuk mendapatkan bacaan tepat mengenai tanda penting pesakit itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Stay Safe, Malaysia yang dilancarkan Kumpulan pada Mac 2020 bagi menyokong perjuangan menentang pandemik.
Pengerusinya, Datuk Azlam Shah Alias berkata, pandemik telah mengakibatkan perkhidmatan kesihatan nasional mencapai tahap maksimum dan sebagai jenama tempatan, pihaknya mahu menyokong setakat mana yang termampu.

“Menyediakan peralatan dan sokongan diperlukan sistem kesihatan negara adalah salah satu kaedah kami menghulurkan bantuan.
“Kami berbesar hati untuk menyokong pasukan di PPUM dan sangat berterima kasih atas segala usaha mereka dalam membantu rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.
MR…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: