Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

MR D.I.Y. sumbang PPE bernilai RM432,000

today24 August 2021

Background


PETALING JAYA – MR D.I.Y. Group (M) Berhad (MR D.I.Y.), peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, telah  menyumbangkan peralatan perlindungan diri (PPE) bernilai lebih RM432,000 kepada 136 pusat perkhidmatan penjagaan kesihatan dan kecemasan di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Adrian Ong berkata, inisiatif yang dijalankan bersama Malaysia Relief Agency (MRA) adalah sebahagian daripada usaha berterusan peruncit tersebut untuk memberi sokongan kepada petugas barisan hadapan.

Menurutnya, dalam program tersebut, PPE tersebut disalurkan oleh rangkaian logistik milik MR D.I.Y kepada ibu pejabat polis daerah (IPD), klinik kesihatan dan pusat kuarantin terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia.

Bagi melancarkan proses tersebut, MRA telah membantu mengenal pasti perkhidmatan yang paling memerlukan bantuan dan akan turut mengatur pengedaran peralatan tersebut di Sabah dan Sarawak.

“Program ini merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang ke-62 bagi Kumpulan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Ekonomi

ISG rekod pemulihan memberangsangkan – Kosmo Digital

PETALING JAYA – Aset Malaysia Airports di Turki, Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (ISG) merekodkan pemulihan menggalakkan pada separuh tahun pertama 2021 (1H21) dengan jumlah pergerakan trafik penumpang pada tahap 53 peratus daripada paras sebelum Covid-19 dan purata faktor muatan penerbangan mencatat sebanyak 70 peratus. ISG turut diiktiraf sebagai lapangan terbang keempat pa­ling sibuk di Eropah oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI) sepanjang tempoh tersebut. Prospek pemulihan pada separuh […]

today24 August 2021