PETALING JAYA – Peruncit pembaikan kediaman terbesar di Malaysia, MR D.I.Y. Group (M) Berhad (MR D.I.Y.) merupakan salah satu daripada empat syarikat yang menerima Anugerah Syarikat Terurus Terbaik Malaysia oleh Deloitte Private baru-baru ini.
Anugerah tersebut mengiktiraf syarikat swasta tempatan dengan pendapatan tahunan melebihi AS$25 juta (RM103 juta) atas kecemerlangan organisasi dan sumbangan mereka terhadap industri serta ekonomi.
Ketua Pegawai Eksekutif MR D.I.Y., Adrian Ong berkata, sebagai sebuah syarikat yang relatifnya masih muda pada usia 16 tahun, pihaknya berbesar hati menerima pengiktirafan berkenaan di samping syarikat dan jenama terkenal serta dihormati.
Tambah beliau, kejayaan tersebut tidak mungkin dapat dicapai tanpa sokongan dua kumpulan terpenting bagi syarikat, iaitu 12,000 tenaga kerja MR D.I.Y. dan pelanggan yang telah memberi sokongan padu sejak penubuhan kedai pertamanya pada 2005.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan atas penat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: