Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

MR DIY Alami Kemerosotan Keuntungan, Saham Turun Mendadak

today1 March 2025

Background
Mydiy


Saham MR DIY Group Bhd merosot dalam dagangan awal di Bursa Malaysia semalam selepas syarikat itu mengumumkan keputusan suku tahunan yang lebih rendah daripada jangkaan.

Memetik Berita Harian, Peruncit perkakasan rumah terbesar negara itu menyaksikan keuntungan bersihnya merosot kepada RM147.20 juta bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2024, berbanding RM158.63 juta pada suku yang sama tahun lalu.

My diy
Sumber Gambar: mrdiy

Sebaliknya, hasil meningkat kepada RM1.18 bilion berbanding RM1.15 bilion sebelumnya, hal ini didorong terutamanya oleh sumbangan besar daripada pembukaan cawangan baharu.

Bagi tahun kewangan penuh, keuntungan bersih meningkat sedikit kepada RM568.94 juta daripada RM560.67 juta pada tahun sebelumnya.

Pendapatan MR DIY meningkat 6.7% berbanding tahun sebelumnya, mencapai RM4.65 bilion berbanding RM4.36 bilion pada 2023. Peningkatan ini didorong oleh pertambahan 13.8% cawangan baharu dan kenaikan 10.8% jumlah urus niaga, mencecah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post