Syarikat saudara Indonesia Mr DIY Group (M) Bhd akan menyenaraikan saham di Jakarta melalui tawaran awam permulaan (IPO) yang bertujuan untuk mengumpul sebanyak 4.7 trilion rupiah (USD297 juta atau RM1.33 bilion), lapor Forbes.
Daya Intiguna akan menawarkan 2.5 bilion saham, atau kira-kira 10% daripada syarikat itu, pada harga antara 1,650 rupiah hingga 1,870 rupiah sesaham, menurut prospektus IPO yang dikeluarkan pada Isnin.
Baca Juga:
Jualan saham sulung itu akan menjadi IPO terbesar di Jakarta sejak Amman Minerals Internasional—yang disokong oleh jutawan Anthoni Salim dan Agus Projosasmito—mengumpul $710 juta daripada penyenaraiannya pada Julai 2023.
IPO Jakarta Daya Intiguna terdiri daripada penjualan 252 juta saham baharu, manakala selebihnya akan dijual oleh pemegang saham kawalan, Azara Alpina, yang pegangannya dalam Daya Intiguna akan dicairkan kepada kira-kira 85.7% daripada 95.7 selepas IPO.
Memetik laporan itu lagi, proses pembinaan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: