PETALING JAYA – MR. DOLLAR akan mengekalkan harga RM2 bagi 10,000 produk popular mereka bagi membantu meringankan beban pelanggan yang terjejas dengan keadaan ekonomi yang sukar kini.
Ia juga bersesuaian dengan populariti MR.DOLLAR, sebagai salah satu subsidiari peruncit perkakas rumah terbesar Malaysia iaitu Kumpulan MR D.I.Y. yang sentiasa menawarkan rangkaian produknya secara meluas pada harga
tetap serta digelar sebagai kedai harga tetap.
Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, dengan pelbagai isu yang memberi kesan kepada rantaian bekalan global, ia telah menyebabkan peruncit tidak dapat mengelak daripada menaikkan harga barangan.
“Bagaimanapun, dengan analisis data yang ketat serta hubungan baik secara langsung kami dengan pengilang global, MR. DOLLAR komited untuk mengekalkan harga RM2 pada lebih 10,000 barangan harian.

“Ini merupakan salah satu cara kami membantu rakyat Malaysia dengan memberi lebih nilai di samping membantu berjimat cermat agar…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: