SERI KEMBANGAN – Langkah menaikkan harga dalam keadaan sekarang ketika pengguna berdepan tekanan untuk berbelanja adalah bertentangan dengan kepentingan pengguna.
Ketua Pemasaran MR. D.I.Y. Group, Alex Goh berkata, polisi harga tetap RM2 dan RM5 di MR. DOLLAR akan dikekalkan di lebih 50 cawangannya di seluruh negara buat masa ini.
“Sebagai jenama kelahiran Malaysia dan peruncit perkakas rumah terbesar di negara ini, kami ingin memainkan peranan untuk menunda kenaikan harga selama yang mungkin untuk membantu rakyat.
“Menerusi hubungan langsung bersama para pengilang dan pembekal serta ekonomi skala dengan 900 cawangan Kumpulan di seluruh negara selain penggunaan data dan analisis yang ketat, kami dapat menangani kebanyakan impak kenaikan kos tanpa perlu memindahkannya kepada pelanggan.
“Adalah penting untuk rakyat Malaysia mempunyai kedai harga tetap yang boleh diharapkan bagi memberi mereka ketenangan minda bahawa ahli keluarga dan orang tersayang boleh mendapatkan apa…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: