PETALING JAYA – Bukan mudah untuk membangunkan sebuah empayar perniagaan jika tiada ilmu yang lengkap di dada dan ia tidak boleh dilakukan secara sembrono mengikut gerak hati dan idea pemikiran sendiri.
Jika silap langkah, boleh tergadai segala harta benda, tanggung kerugian dan pastinya akan membebankan diri sendiri termasuk ahli keluarga.
Begitulah yang dialami Pengasas Mr.Pepper Foods Sdn. Bhd., Mohamad Fahmy Jamil dalam melayari perjalanan dan kelangsungan hidupnya sebelum mengoperasikan syarikat pengeluaran makanan sejuk beku khususnya kambing perap dengan jenama Mr.Pepper.
Sebelum itu, pada tahun 2003, beliau yang mahu berniat untuk mengubah nasib keluarga telah berniaga secara sambilan dengan menjual pelbagai produk seperti pakaian kanak-kanak, rumpai laut dan biskut raya.

Usahawan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Strategik dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia itu kemudiannya terjun dalam bidang penternakan kambing di kawasan rumah ibu mertuanya di Alor…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: