PETALING JAYA – Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) merekodkan hasil sebanyak RM3.2 bilion dan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM154.3 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 berbanding hasil sebanyak RM1.4 bilion dan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM61.3 juta tahun sebelumnya.
Pemulihan yang kukuh dalam prestasi kewangan itu dipacu oleh normalisasi semula operasi Kumpulan selepas dua tahun terkesan akibat pandemik lalu sehingga menyebabkan hasil dan keuntungan meningkat disumbangkan oleh sektor pembinaan serta pemulihan jualan dalam sektor hartanah.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan MRCB hari ini, sektor pembangunan hartanah dan pelaburan mencatat pertumbuhan sebanyak 84 peratus dalam hasil kepada RM914.6 juta dan kenaikan sebanyak 15 peratus dalam keuntungan operasi kepada RM176.7 juta pada tahun 2022.
“Penyumbang utama adalah daripada segmen pembangunan hartanah iaitu Sentral Suites dan TRIA 9 Seputeh, yang mana proses pembangunan adalah 89…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
