PETALING JAYA – Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama dana pelaburan awam, RUA AlHaram AlMakki Company yang juga merupakan pemaju pembangunan King Salman Gate di Mekah.
MoU tersebut ditandatangani di Cityscape Global 2025 di Riyadh.
Pembangunan King Salman Gate yang terletak bersebelahan Masjidil Haram memiliki luas lantai keseluruhan 12 juta meter persegi, direka bentuk sebagai destinasi moden mesra pejalan kaki yang bakal mempertingkatkan pengalaman jemaah dengan kapasiti sekitar 900,000 ruang solat dalam dan luar bangunan.
Di bawah MoU berkenaan, kedua-dua pihak akan meneroka pelbagai struktur kerjasama, termasuk usaha sama ke atas petak-petak tanah terpilih, pemerolehan tanah secara langsung oleh MRCB atau penyertaan ekuiti dalam platform pelaburan tajaan RUA, dan model pembangunan lain yang dipersetujui bersama.
Pengarah Urusan Kumpulan MRCB, Datuk Imran Salim berkata, Mekah mempunyai tempat istimewa di hati…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: