
GOMBAK – Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan merasmikan pemeteraian perjanjian Joint Lead Coordinator (JLC) antara Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) dan lapan institusi perbankan bagi mewujudkan mekanisme pengurusan risiko pertukaran asing melibatkan pembiayaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Perjanjian tersebut merangkumi syarikat MRL selaku pemilik projek ECRL, bersama Maybank, CIMB, RHB, AmBank, Bank of China, United Overseas Bank, China Construction Bank, dan Industrial and Commercial Bank of China.
Melalui pelantikan institusi perbankan sebagai JLC, satu mekanisme pengurusan risiko pertukaran asing yang lebih tersusun, telus dan berdisiplin dapat dilaksanakan bagi mengurus penyelesaian pinjaman tersebut dalam mata wang renminbi.
Amir Hamzah berkata, dalam pengurusan pembiayaan projek antarabangsa yang melibatkan mata wang asing, pengurusan risiko pertukaran asing merupakan satu komponen penting bagi memastikan kestabilan kewangan projek serta…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
