Site icon Kool FM

Ms PuiYi Menang Kes Mahkamah Dapat Pampasan RM4.3 Juta


Model dan influencer terkenal, Siew Pui Yi atau lebih dikenali sebagai Ms PuiYi, telah berjaya memenangi kes mahkamah terhadap bekas rakan niaganya, Lai Kai Jian, dengan jumlah pampasan RM4.3 juta.

Keputusan ini diumumkan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 26 Julai setelah Lai gagal hadir ke mahkamah, yang memberikan PuiYi ‘Judgment in Default’ (JID), lapor FMT.

Dalam satu sidang media di pejabat peguamnya K. Mahendren di Green Hall, Siew mendedahkan bahawa beliau telah ditipu oleh Lai yang berjanji untuk menyelesaikan isu cukai peribadi dan syarikatnya.

Namun, dalam saman yang difailkan pada April tahun lalu, Siew mendakwa Lai tidak menunaikan janjinya dan sebaliknya melarikan diri dengan wang tersebut.

Laporan polis kemudian dibuat pada 24 Oktober 2023, lapor Malay Mail.

Akibat dari insiden ini, Siew dikenakan larangan perjalanan ke luar negara oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan terpaksa melepaskan empat acara di…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version