SHAH ALAM – Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) tahun ini kembali berlangsung meriah dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik bernilai RM1 juta termasuk sebuah pangsapuri servis.
Karnival literasi kewangan perdana anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu bakal berlangsung empat hari di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) di sini bermula 22 Ogos ini.
Hadiah utama yang ditawarkan kepada pengunjung bertuah antaranya adalah sebuah unit pangsapuri servis Serasi Residences di Putra Heights dan tiga kereta iaitu BYD Dolphin Standard, Perodua Axia 1.0L AV dan Perodua Ativa 1.0L Turbo AV.
Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, pihaknya komited meneruskan pelaburan sosial dalam pendidikan, peningkatan komuniti, literasi kewangan, dan inisiatif perkongsian ilmu.

Jelas beliau, MSAM menjadi sebahagian daripada komitmen tidak berbelah bahagi kepada pemegang unit dan negara sejak 23 tahun lalu.
“Tahun ini, kami membawa tema ‘Kukuhkan hidup anda di MSAM’…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
