Site icon Kool FM

MSB Global catat pendapatan RM12.75 juta suku pertama


PETALING JAYA – MSB Global Group Berhad (MSB Global), pemain utama dalam industri alat ganti dan komponen automotif selepas pasaran Malaysia, mencatatkan pendapatan sebanyak RM12.75 juta dan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM0.98 juta bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 (Suku 1 TK2026), berbanding pendapatan sebanyak RM13.83 juta dan PAT sebanyak RM1.51 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Pengarah Urusan MSB Global, Datuk Ow Kee Foo berkata, ini adalah prestasi yang  berdaya tahan di tengah-tengah trend pesanan pelanggan yang lebih perlahan dan persekitaran operasi yang lebih kompetitif.

Menurut beliau, segmen alat ganti dan komponen automotif selepas pasaran mencatatkan pendapatan sebanyak RM8.09 juta pada suku tersebut, penurunan sebanyak 15.46 peratus berbanding RM9.57 juta pada suku pertama tahun kewangan 2025.

Bagaimanapun, penurunan ini sebahagiannya diimbangi oleh pertumbuhan berterusan dalam segmen pelincir dan bendalir automotif, yang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version