Site icon Kool FM

MSC bakal dijenamakan semula sempena sambut ulang tahun ke-25


PETALING JAYA – Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bakal merombak dan menjena­makan semula inisiatif MSC Malaysia sempena menyambut u­lang tahun ke-25 pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz berkata, MSC yang baharu dan ditambah baik itu bakal berusaha mempercepatkan penyertaan semua pihak dalam ekonomi digital.

Jelasnya, pada masa sama, ia dapat menangani kebimba­ngan mengenai jurang digital yang semakin meluas dengan menyediakan akses yang saksama kepada peralatan, pengetahuan dan peluang pendapatan digital, sekali gus meningkatkan nilai cadangan Malaysia untuk menarik lebih banyak pelaburan digital.

“MSC Malaysia telah menjadi asas dan pemangkin kepada ekonomi digital dan menyumbang 22.6 peratus kepada Ke­luaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada tahun 2020 dalam tempoh hanya 25 Tahun.

“Persekitaran ekonomi digital yang berubah dengan pantas masa kini memerlukan MSC di­set semula agar kekal relevan dan bersedia untuk melonjakkan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version