Site icon Kool FM

MTA meterai MoU dengan Pusat Penyelidikan Insurans Iran


PETALING JAYA – Persatuan Takaful Malaysia (MTA) telah menandatangani memorandum perjanjian (MoA) dengan Pusat Penyelidikan Insurans Iran (IRC) untuk bekerjasama dalam program berasaskan peningkatan pengetahuan Takaful bagi mengukuhkan landskap industri.

Kerjasama ini mengambil kira kepentingan membangunkan industri takaful melalui pewujudan perkongsian dinamik untuk memanfaatkan pengalaman dan kepakaran setiap pihak dalam takaful dan kewangan Islam secara keseluruhan untuk manfaat sinergi.

Melalui kerjasama ini, kedua-dua organisasi akan bekerjasama dalam bidang pengetahuan, latihan dan pendidikan, pertukaran maklumat dan menyediakan perundingan serta  pada masa yang sama memupuk hubungan antarabangsa antara industri insurans domestik dengan perniagaan insurans antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif MTA, Mohd. Radzuan Mohamed berkata, kerjasama ini akan menjadi satu lagi faktor penyumbang dalam mendorong pembangunan landskap industri takaful dan mengukuhkan kedudukan Malaysia…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version